Pages

Tuesday, 13 December 2016

Safe side

Bulan lepas, awak marah2 dengan saya, sbb terlalu busybody. Sampai awak keluar balik lambat pun awak cakap sy sengaja timbulkan isu. Dengan awak tukar line lagi, keadaan jadi makin keruh. Then next day awak baca surat saya, lepas sebulan saya bagi kt awak. 
Kaaboomm!!! Dunia saya seakan di serang gempa bumi, bila awak ambik keputusan nak langsai kan hutang awak (means that saya xperlu kacau awak lagi). Waktu tu saya betul2 dah lost hope. Apa yang sering kali saya bisikkan dlm hati saya waktu tu, "xapa lah.. Klu itu dah keputusan awak.." :'( 
N xlama kemudian, awak cari saya lagi. Tapi saya tak reply pun. Sebab saya betul2 putus harapan. Saya abaikan je semua kesedihan saya. 
Then lepas tu awak call saya. Mengharapkan saya stay. Saya xtau kenapa dan apa motif sebenar awak cari saya lagi. Tapi jauh dalam hati saya rasa yang awak cari saya, dan harapkan saya stay, bukan hanya sebagai kawan.Tapi sebagai seorang teman, untuk terus berada di sisi awak , hingga waktu yang awak bersedia untuk menerima, tiba. 
Entah lah. Mungkin juga apa yang saya rasakan ni xsemestinya betul pun. So, I put myself on a safe side. 50-50. Tak terlalu berharap dan x terlalu melupakan. Nanti bila waktunya dah sampai dan keputusan nya mengecewakan, xada la sakit Sgt... Kot. Huhu.. 

Sunday, 20 November 2016

Dinding Hati

Dulu someone pernah bagitahu saya, antara kita ada dinding yang menghalang. Dan sebelum ni pun saya ada bagitahu awak pasal tu. Antara kita ternyata ada dinding yang awak ciptakan. Sebab waktu tu, masih ada secebis kasih untuk saya. 

Tapi sekarang saya tak pasti lagi, masih adakah kasih buat saya. awak semakin dingin. Keadaan ketara berbeza. Gurauan tentang perasaan seakan 'diHARAMkan' antara kita.

Berjuta maaf saya pohonkan, ibarat angin lalu. Saya semakin jauh dari hidup awak. Saya cuba untuk bertahan, namun kewujudan saya semakin dinafikan dari hari ke hari.

Hari ini, maafkan saya kerana membuat keputusan ini. Dengan menyepikan diri, dan berlalu pergi.

Namun, jika suatu hari awak dah 'boleh', sudi-sudikanlah mencari diri ini..


Di Sini Kasihku Abadi



Di sini hatiku terluka
Setelah kasihku berbunga
Sungguh tak ku sangka

Tiada lagi air mata
Hendakku tangiskan untukmu
Yang tinggal hanyalah
Luka dan pilu

Di mana harum mawar yang setia
Di mana hilangnya tugu cinta
Sukarnya berpisah dengan dirimu
Sukarnya melupakan on dirimu

Jangan kau tinggalkan diriku
Jangan kau berpaling kasihmu
Jangan kau biarkan diriku
Sepi tanpamu

Sayangku kembalilah padaku
Tiada tempat untuk mengadu
Sayangku berikanlah kasihmu
Buat diriku



:'(

p/s: membenci orang yang disayang ternyata lebih sukar daripada meneruskan hidup dengan makan nasi dengan garam. Huhuhu..(ok, baiklah.. metafora yg xkena. >.< )

Saturday, 19 November 2016

Tak Semua....


Antara nasihat yang pernah saya dapat, dan akan saya simpan selamanya...


Sayonara..
:'(

Thursday, 20 October 2016

Will a Miracle happens?

Saya tak nak jumpa awak lagi!! 
Saya menyesal kenal orang macam awak dan terima kasih sayang yang awak hulurkan dulu. (T_T)

p/s: ok, tajuk mungkin xde kena mengena. 

Wednesday, 5 October 2016

I'm not your priority.

Sebelum ni kita selalu juga call-call. Tapi selepas kejadian "buat cerita" tu, awak dah tak ada call saya lagi. Saya nak call awak pun tak boleh jugak. Alasan awak, busy dan tak ada masa, penat balik kerja, sibuk bersukan. Saya cuba untuk memahami dan awak cakap, "nt ada masa kita kol2". Dan "nt" tu sampai sekarang. 
And saya mula sedar, tak guna saya nak paksa-paksa kalau saya bukan priority awak lagi. Sakit, memang sakit sangat. Tapi itulah hakikat yang perlu saya faham kan. 
Dan sekarang saya terfikir, perlu kah saya mulakan untuk membenci awak untuk lupakan segala perasaan saya? Itulah yang A**I buat pada saya dulu. Benci dan maki-maki saya untuk dia lupakan saya. 
And it's starting now! 

Sunday, 2 October 2016

Aku Keliru!!

Sayang,
Sampai sekarang pun hati saya masih pada awak. Sukar nak lepaskan. Awak sendiri pun sering bermain tarik tali dgn saya. Apa yg harus saya buat? Perlukah saya lupakan awak? Macam mana nak lupakan awak kalau awak sendiri pun tak nak saya tinggalkan awak?

Sayang,
Sungguh saya keliru! Kadang kala, awak suruh saya lupakan awak. Tapi ada kalanya jugak awak suruh jangan tinggalkan awak. Bagi awak masa. Tapi kadang kala jugak awak cakap, "someday akan ada org yg sayangkan awak. Buat masa sekarang, belajar utk sayang diri sendiri dulu."

Sayang,
Tahukah awak, bahawa setiap hari saya menyesali kesilapan sendiri. SETIAP HARI, saya meratapi keBODOHan diri. Kenapa perlu saya lukakan awak dulu? Kenapa perlu saya bagi ruang utk dia merosakkan kebahagiaan kita? Kenapa saya lambat sgt nampak segala keburukannya? :'(

Sayang,
Ketahuilah bahawa sehingga ke waktu ini, saya masih berharap utk kita bersama sama mengecap bahagia untuk kali yg kedua. Sesungguhnya tak akan saya sia sia kan segalanya untuk kali yang kedua.