Dulu someone pernah bagitahu saya, antara kita ada dinding yang menghalang. Dan sebelum ni pun saya ada bagitahu awak pasal tu. Antara kita ternyata ada dinding yang awak ciptakan. Sebab waktu tu, masih ada secebis kasih untuk saya.
Tapi sekarang saya tak pasti lagi, masih adakah kasih buat saya. awak semakin dingin. Keadaan ketara berbeza. Gurauan tentang perasaan seakan 'diHARAMkan' antara kita.
Berjuta maaf saya pohonkan, ibarat angin lalu. Saya semakin jauh dari hidup awak. Saya cuba untuk bertahan, namun kewujudan saya semakin dinafikan dari hari ke hari.
Hari ini, maafkan saya kerana membuat keputusan ini. Dengan menyepikan diri, dan berlalu pergi.
Namun, jika suatu hari awak dah 'boleh', sudi-sudikanlah mencari diri ini..
No comments:
Post a Comment