Sayang,
Sampai sekarang pun hati saya masih pada awak. Sukar nak lepaskan. Awak sendiri pun sering bermain tarik tali dgn saya. Apa yg harus saya buat? Perlukah saya lupakan awak? Macam mana nak lupakan awak kalau awak sendiri pun tak nak saya tinggalkan awak?
Sayang,
Sungguh saya keliru! Kadang kala, awak suruh saya lupakan awak. Tapi ada kalanya jugak awak suruh jangan tinggalkan awak. Bagi awak masa. Tapi kadang kala jugak awak cakap, "someday akan ada org yg sayangkan awak. Buat masa sekarang, belajar utk sayang diri sendiri dulu."
Sayang,
Tahukah awak, bahawa setiap hari saya menyesali kesilapan sendiri. SETIAP HARI, saya meratapi keBODOHan diri. Kenapa perlu saya lukakan awak dulu? Kenapa perlu saya bagi ruang utk dia merosakkan kebahagiaan kita? Kenapa saya lambat sgt nampak segala keburukannya? :'(
Sayang,
Ketahuilah bahawa sehingga ke waktu ini, saya masih berharap utk kita bersama sama mengecap bahagia untuk kali yg kedua. Sesungguhnya tak akan saya sia sia kan segalanya untuk kali yang kedua.
No comments:
Post a Comment