Pages

Monday, 5 February 2018

Doing Foolish Thing, Again.

Haahahaha... 
Based on tittle, agak2 buat apa? 
hmmm.. segan lah nk ckp. tp yg pasti, kne rijek lg. huhuhu.. 
Sakit..... sgt. 
Tp nk buat mcm mne, perasaan xbole nk paksa. 
sabaq je la naaa.. 
(T_T)

Wednesday, 3 January 2018

Berakhirnya 2017, Berakhirnya Kita

Fuhh.. Setahun jugak tak mencoret di sini. Akhirnya muncul lagi yee?? hehe..
and macam biasa, bila post muncul, kalau tak pasal lirik lagu, mesti pasal 'heartbroken' (πŸ’”) macam tu.. huhu..

okay, seriously ini pasal πŸ’”, dan sedikit berbeza apabila ianya bukan pasal Mr. Z lagi. 
Dengan Mr. Z mungkin kami dah tertulis untuk kekal sebagai kawan selamanya. Hmm.. takpe lah, tak kisah dah pun.

Dan untuk kali ini, aku nak cerita pasal Mr. H, this one guy yang aku kenal last year(2017) dalam bulan puasa. kenal Last year, and last year jugak aku ambik keputusan untuk lepaskan dia pergi. 

WHY?

Yea... why kan? with such a short period. Hmmm.. entahlah. benda dah tertulis. hadap je laπŸ˜…. Secara jujurnya, physically dia seorang yang okay la. (nak cakap sempurna tu nampak melampau sangat, tapi bagi aku dia memang okay-okay) Tapi ada 1 perkara yang membuatkan aku was-was untuk keep staying. Kapel tak macam kapel. 

OKAY.... Bayangkan la ek, baru 2,3 hari declare tapi sehari sekali je contact, short pulak tu. then masuk bulan ke-2, 2,3 hari sekali. pastu seminggu. Bukannya dia tak on9(whatsApp). ade je. siap update status whatsapp lagi. tapi tak pernah nak tegur. If dia ada tegur pun, bila aku post status whatsapp yang berjaya tarik perhatian dia.(sampai macam tu sekali aku kena tarik perhatian dia😞) 

Bukannya aku tak pernah tegur,(gaduh, mostly) pasal ni. tapi masih sama jugak. cakap nak ubah, tak ubah jugak.  So, how can I convince myself that HE IS DAMN SERIOUS ABOUT US??? Apa yang aku rasa cumalah ORANG ASING yang terhegeh-hegeh menagih kasih pakwe sendiri? (ehh? cakap orang asing, tetibe pakwe?? Ahhh...sape-sape pun confuse kalau dah macam ni)

And after aku sakitkan hati dia sekali, after aku minta advice dari kawan-kawan(especially lelaki, kaum sejenis dia) dorang semua cakap 'it is useless to keep staying for a guy like him'. So, penghujung tahun 2017 tu, aku ambik keputusan untuk lepaskan semua perasaan tu seiring 2017 yang berlalu pergi. 

Waktu aku chat bagitahu dia 'its over' and beberapa lagi chat yang lain, sepatah haram dia tak reply (CB mnyaaa.... πŸ˜’) tak de last words ape semua. Sampai la hari ni. Padahal sebelum ni setiap kali aku mintak putus, kemain lagi liat nak let go. Konon sayang..(KONONπŸ˜’)

And now, semua dah berakhirlah...kot? takde lagi Mr.H.. Untuk elakkan hati aku susah move on dari dia, aku ajar diri aku untuk anggap dia "ore no ototo" je. So, sepanjang tempoh 6bulan dengan dia, sekali f2f, 2x VC. Lain2 tu contact whatsapp je la. Voice call langsung tak pernah. Aku call pun dia reject (af??!!πŸ˜‚)

So, habis situ je lah. tak tau dah nak cite ape lagi. sebab kisah memang short. haha. Hopefully aku cepat dapat move on dari rasa ni.

Bye, Mr. FH.

Tuesday, 13 December 2016

Safe side

Bulan lepas, awak marah2 dengan saya, sbb terlalu busybody. Sampai awak keluar balik lambat pun awak cakap sy sengaja timbulkan isu. Dengan awak tukar line lagi, keadaan jadi makin keruh. Then next day awak baca surat saya, lepas sebulan saya bagi kt awak. 
Kaaboomm!!! Dunia saya seakan di serang gempa bumi, bila awak ambik keputusan nak langsai kan hutang awak (means that saya xperlu kacau awak lagi). Waktu tu saya betul2 dah lost hope. Apa yang sering kali saya bisikkan dlm hati saya waktu tu, "xapa lah.. Klu itu dah keputusan awak.." :'( 
N xlama kemudian, awak cari saya lagi. Tapi saya tak reply pun. Sebab saya betul2 putus harapan. Saya abaikan je semua kesedihan saya. 
Then lepas tu awak call saya. Mengharapkan saya stay. Saya xtau kenapa dan apa motif sebenar awak cari saya lagi. Tapi jauh dalam hati saya rasa yang awak cari saya, dan harapkan saya stay, bukan hanya sebagai kawan.Tapi sebagai seorang teman, untuk terus berada di sisi awak , hingga waktu yang awak bersedia untuk menerima, tiba. 
Entah lah. Mungkin juga apa yang saya rasakan ni xsemestinya betul pun. So, I put myself on a safe side. 50-50. Tak terlalu berharap dan x terlalu melupakan. Nanti bila waktunya dah sampai dan keputusan nya mengecewakan, xada la sakit Sgt... Kot. Huhu.. 

Sunday, 20 November 2016

Dinding Hati

Dulu someone pernah bagitahu saya, antara kita ada dinding yang menghalang. Dan sebelum ni pun saya ada bagitahu awak pasal tu. Antara kita ternyata ada dinding yang awak ciptakan. Sebab waktu tu, masih ada secebis kasih untuk saya. 

Tapi sekarang saya tak pasti lagi, masih adakah kasih buat saya. awak semakin dingin. Keadaan ketara berbeza. Gurauan tentang perasaan seakan 'diHARAMkan' antara kita.

Berjuta maaf saya pohonkan, ibarat angin lalu. Saya semakin jauh dari hidup awak. Saya cuba untuk bertahan, namun kewujudan saya semakin dinafikan dari hari ke hari.

Hari ini, maafkan saya kerana membuat keputusan ini. Dengan menyepikan diri, dan berlalu pergi.

Namun, jika suatu hari awak dah 'boleh', sudi-sudikanlah mencari diri ini..


Di Sini Kasihku Abadi



Di sini hatiku terluka
Setelah kasihku berbunga
Sungguh tak ku sangka

Tiada lagi air mata
Hendakku tangiskan untukmu
Yang tinggal hanyalah
Luka dan pilu

Di mana harum mawar yang setia
Di mana hilangnya tugu cinta
Sukarnya berpisah dengan dirimu
Sukarnya melupakan on dirimu

Jangan kau tinggalkan diriku
Jangan kau berpaling kasihmu
Jangan kau biarkan diriku
Sepi tanpamu

Sayangku kembalilah padaku
Tiada tempat untuk mengadu
Sayangku berikanlah kasihmu
Buat diriku



:'(

p/s: membenci orang yang disayang ternyata lebih sukar daripada meneruskan hidup dengan makan nasi dengan garam. Huhuhu..(ok, baiklah.. metafora yg xkena. >.< )

Saturday, 19 November 2016

Tak Semua....


Antara nasihat yang pernah saya dapat, dan akan saya simpan selamanya...


Sayonara..
:'(

Thursday, 20 October 2016

Will a Miracle happens?

Saya tak nak jumpa awak lagi!! 
Saya menyesal kenal orang macam awak dan terima kasih sayang yang awak hulurkan dulu. (T_T)

p/s: ok, tajuk mungkin xde kena mengena.